Jawatan Kosong di Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST)


Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST) merupakan sebuah kolej Swasta milik penuh Bumiputera, bertempat di Kelantan. KIST dikendalikan oleh KIST Group Holdings Sdn Bhd dan modal saham berbayar yang dibenarkan adalah RM 25 Juta. KIST telah didaftarkan sebagai IPTA swasta pada tahun 1998. KIST kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:
1. Server Administrator
Syarat Kelayakan:
1. Ijazah Sarjana Muda In Networking & Server Administration atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2. Pengkhususan: Networking & Server Administration
3. Kemahiran : Server configuration, remote server, backup data.
4.Kemahiran dalam konfigurasi: CCTV, Thumprint dan system rangkaian yang lain
5.Pengalaman bekerja sekurang – kurangnya 2 tahun.
6.Minimum 1 tahun pengalaman bekerja dalam bidang yang berkaitan
7.Berkemampuan mengendalikan projek bersama kumpulan (teamwork)
Calon-calon digalakkan untuk membawa projek sedia ada untuk ditunjukkan kepada panel temuduga. Calon yang berminat untuk hadir temuduga perlu menghantar resume (bergambar) terlebih dahulu ke: kerjaya@kistech.com.my
Tarikh Tutup Permohonan: 18 April 2012