Recent Post

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pontian


Majlis Daerah Pontian telah ditubuhkan pada 01hb November, 1976 di bawah Akta 124 (Akta Sementara) yang kemudiannya diistiharkan sebagai Akta 171, Akta Kerajaan Tempatan 1976. Pentadbiran Majlis ini merangkumi kawasan seluas 1080 hektar meliputi Bandar Pontian, Pekan Nanas, Benut, Permas dan Ayer Baloi. Sebelum tertubuhnya Majlis Daerah Pontian, Bandar Pontian ditadbirkan oleh Majlis Bandaran Pontian, sementara Cawangan Pekan Nanas, Benut, Ayer Baloi dan Permas ditadbirkan oleh Majlis Tempatan masing-masing. Sejak penubuhan Majlis Daerah Pontian ini, tiga buah Majlis Tempatan iaitu Majlis Tempatan Pekan Nanas, Majlis Tempatan Benut dan Majlis Tempatan Ayer Baloi dan Majlis Bandaran Pontian telah dimansuhkan dan pentadbirannya diambilalih oleh Majlis Daerah Pontian.

Permohonan dipelawa daripada individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:
1. Penolong Pegawai Penguatkuasa (Lelaki Sahaja)
2. Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi)
3. Pembantu Am Pejabat
4. Pembantu Tadbir (Kewangan)
5. Pembantu Akauntan
Tarikh Tutup Permohonan: 18 Mei 2012