Recent Post

Jawatan Kosong di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS)


Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor atau lebih dikenali sebagai KUIS merupakan sebuah Institusi Pengajian Tinggi Islam milik sepenuhnya Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang ditubuhkan di bawah akta IPTS 1996. Penubuhannya secara rasmi pada 15 Februari 1995 membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam membangunkan agenda pendidikan dan kecemerlangan ilmu. Sehingga kini KUIS masih mengekalkan objektif awal penubuhannya untuk melahirkan lebih ramai tenaga profesional Islam yang mampu memimpin masyarakat serta membangun dan mengembangkan ilmu pengetahuan islam. Selain itu, KUIS juga berperanan menyediakan alternatif bagi lepasan sekolah unuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

Kami memerlukan individu yang dinamik, inovatif dan bercita-cita tinggi untuk bersama-sama menerokai teknologi baru disamping merealisasikan perubahan KUIS melalui Transformation of KUIS. Selaras dengan hasrat tersebut calon-calon yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memenuhi jawatan berikut :
1. Pegawai Tadbir (N41)
2. Pegawai Psikologi (S41)
3. Penolong Pegawai Tadbir (N27)
4. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (S27)
5. Juruteknik (Audio Visual) (J17)
6. Pembantu Am Rendah/Pembantu Am Pejabat (N1)
Tarikh Tutup Permohonan: 27 April 2012